Ahad, 11 Januari 2009

ASB vs PM fund

-Melabur di Unit Amanah Saham Swasta lebih menguntungkan berbanding dari Amanah Saham Bumiputera.
-Melabur di Unit Amanah Saham Swasta berhadapan dengan risiko kerugian yang besar dan duit tidak akan hangus begitu sahaja.

Objectives
1) To create awareness among bumiputra on alternative unit trust investment beside ASB.
2) To inform investor of a better investment return opportunity

ASB
Fixed Price
Return – dividend income
Non syariah based invst.

PM
Price according to market force
Return – dividend income & capital gain
Syariah based invst.

ASSUMPTION CalculationInvestment amount RM 10,000
ASB
Unit Price: RM 1
RM 10,000/ RM 1= 10,000 units
Dividend and bonus 9%
10,000 x 0.09 = RM 900
Capital gain = RM 0
Total Return = RM 900
Return % = 900/10000 = 9%
PUBLIC MUTUAL FUND
Unit Price : RM 0.85
RM 10,000/ RM 0.85 = 11,764 units
Dividend 0.07 sen
11,764 x 0.07 = RM 823.53
If capital gain = 0.03 sen
return = 11,764 unit x 0.03 sen = RM 352.92
Total Return = RM 823.53 + RM 352.92 = RM 1,176.45
Return % = 1,176.45/10000 = 11.76%

Seharusnya, seorang pelabur yang bijak harus ambil tahu tentang profail dana, prestasi, risiko sesuatu pelaburan tersebut dan bukannya hanya mengikut apa yang telah disampaikan oleh orang dari mulut ke mulut dan seterusnya kita pun mempercayainya tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Amanah Saham Bumiputera :
1) Hanya dibuka untuk pelabur Bumiputera sahaja;
2) Risiko pelaburan tetap ada tetapi pelaburan ini dilindungi/dijamin oleh kerajaan;
3) Harga unit sahamnya adalah tetap iaitu Seunit = RM1.
Jadi harga belian dan jualan adalah tetap dan tidak berubah. Para pelabur tidak perlu risau akan masa (timing) yang sesuai untuk menjual (mengeluarkan) unit-unit yang telah dilaburkan;
4) Berdasarkan pada prestasi pada tahun-tahun lepas. Kadar pulangan (return) adalah sekitar 6-7% untuk dividen manakala bonus pula adalah sekitar 1-2% setahun;
5) Tiada sebarang kos yang dikenakan terhadap pelabur seperti yuran pengurusan (management fee) dan yuran tahunan (annual fee);

Unit Amanah Saham Swasta (Unit Trust) :
1) Terbuka kepada umum, ini bermaksud pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera boleh menyertai pelaburan ini;
2) Punya profail risiko yang tersendiri (profail yang berbeza-beza) bergantung kepada status dana-dana tersebut. Dana-dana tersebut terdiri daripada dana agresif, dana seimbang dan dana konservatif.
3) Harga seunit sahamnya berubah-ubah dari semasa ke semasa.
Misal kata, untuk hari ini harga jualan saham seunit adalah RM1.19 dan mungkin keesokkan harinya RM1.17 seunit. Pelabur harus bijak dan peka dengan harga pasaran semasa sebelum membuat pembelian dan penjualan unit saham.
Secara teorinya, seorang pelabur harus membeli (menyimpan) apabila harga jualan seunit yang ditawarkan adalah rendah/murah.
Contohnya, menyimpan/membeli apabila harga seunit saham yang dijual oleh pihak unit amanah adalah RM0.56. Manakala, menjual/mengeluarkan unit saham yang ada apabila harga saham yang dibeli adalah tinggi/naik.
Contohnya, pihak unit amanah membeli unit saham kita sekitar RM1.09 untuk seunit.
4) Berdasarkan pada prestasi pada tahun-tahun lepas. Kadar pulangan bagi Unit Amanah Saham Swasta adalah sekitar >12% ke atas.
5) Terdapat yuran pengurusan (management fee) yang dikenakan terhadap pelabur. Sebagai contoh, untuk pelabur yang melabur di Public Mutual mereka akan dikenakan yuran pengurusan sebanyak 5.5%.
Jadi, sebagai seorang pelabur. Kita harus tahu bahawa setiap pelaburan itu pasti mempunyai risikonya. Berbanding dengan ASB, risikonya tetap ada tetapi dikawal oleh kerajaan dan disebabkan itu jugalah pulangan yang diperolehi oleh para pelabur tidaklah tinggi berbanding dengan Unit Amanah Saham Swasta(unit trust) yang mempunyai profil risiko yang tersendiri. Semakin tinggi jumlah pulangan yang bakal diperolehi maka semakin tinggi jugalah profail risiko dana tersebut.
Pelabur di Unit Amanah Saham Swasta harus bijak memilih dan seterusnya melabur di dalam dana yang mempunyai profail risiko yang bersesuaian dengan tahap keupayaan seseorang pelabur. Dan yang paling penting di sini, bahawa para pelabur harus ingat bahawa prestasi masa lepas untuk sesuatu pelaburan bukanlah satu jaminan untuk prestasi masa hadapan.

Tiada ulasan: