Ahad, 11 Januari 2009

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994



Pada 24 Februari 2009 nanti, akan genap 15 tahun Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP atau OSHA) diwartakan oleh Kerajaan.

Akta ini membuat peruntukkan lanjut daripada Akta Kilang dan Jentera 1967 untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja dan melindungi mereka-mereka selain pekerja yang berada di tempat kerja.

Semua jenis sektor pekerjaan tidak kira samada ia swasta atau kerajaan, tertakluk kepada pemakaian Akta ini kecuali bagi pekerjaan di atas kapal dan angkatan tentera.

Akta ini memperincikan kewajipan majikan setakat yang boleh dipraktikkan seperti berikut:

Kewajipan am majikan terhadap isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) kepada pekerja dan tempat kerja
Membentuk dasar atau polisi KKP
Kewajipan melindungi mereka-mereka selain pekerja yang berada di tempat kerja
Akta ini juga memperuntukan kewajipan am pekerja seperti:
Tanggungjawab KKP kepada diri sendiri
Tidak mengganggu atau menyalahguna apa-apa yang disediakan oleh majikan bagi tujuan KKP
Untuk tidak didiskriminasikan oleh sebab melaksanakan aktiviti KKP
Mengikut kepada situasi tempat kerja dan keperluan Akta, Akta ini juga memperuntukkan majikan untuk mengambil seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO) untuk menjalankan aktiviti dan memastikan pematuhan KKP di tempat kerja dan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (SHC).

Seterusnya, sekira berlaku kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan, majikan wajib melapor kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk tujuan penyiasatan dan penambahbaikan KKP di tempat kerja.

Perkara-perkara lain di dalam Akta ini ialah kewajipan perekabentuk, pengilang dan pembekal, penggunaan tataamalan industri, larang-larangan tertentu, penguatkuasaan dan penyiasatan, liabiliti dan rayuan.

Bagaimanapun, peruntukkan undang-undang hanyalah sebahagian perkara utama yang perlu diberi perhatian. JKKP ada menyediakan kidmat latihan menerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), khidmat nasihat, kempen kesedaran, kerjasama antara industri dan JKKP dan juga hebahan mengenai pembangunan KKP melalui badan-badan bukan kerajaan dan juga pengamal-pengamal KKP yang boleh membantu kepada peyumbangan pembangunan KKP.

Tahun 2009, diharap lebih banyak kesedaran kepada KKP dapat diterapkan dan tidak hanya tertumpu kepada kepada sektor-sektor tertentu sahaja seperti pengilangan dan pembinaan.
Oleh itu setiap daripada kita yang masih bekerja perlu menerapkan ‘Budaya Kerja Selamat’.

Tiada ulasan: