Rabu, 11 Mac 2009

AKIBAT KABEL KREN MENARA PUTUS

DUA pekerja kontraktor warga negara Bangladesh maut di tapak pembinaan di Bangsar, petang tadi selepas tali kren mengangkut bahan pembinaan terputus dan menghempap mangsa di Menara UOA. Serpihan badan mangsa bertaburan sehingga beberapa meter di sekitar tempat kejadian. Anggota polis mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengumpul cebisan mayat. - Foto Abdul Karim Abdul Rahman


POLIS dan anggota JPAM mengutip cebisan mayat mangsa warga Bangladesh yang dihempap tong membawa bahan binaan di Menara UOA, Bangsar, semalam.
2 BURUH BINAAN MAUT AKIBAT KABEL KREN MENARA PUTUS (08.03.2009 / BANGSAR, KL)
B HARIAN / 09.03.2009

KUALA LUMPUR: Dua pekerja binaan warga negara Bangladesh maut di tapak pembinaan di sini, petang semalam selepas kabel kren mengangkat tong berisi bahan binaan terputus dan menghempap mangsa di Menara UOA, Bangsar. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang, seorang daripada mangsa pecah kepala manakala rakannya hancur sebahagian anggota badan dan bertaburan beberapa meter di tempat kejadian. Jurucakap polis berkata, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30 hingga 40-an dikatakan melakukan kerja di tapak pembinaan di bawah bangunan itu.
“Kabel sebuah kren yang mengangkat bahan binaan di tingkat 22 menggunakan tong tiba-tiba terputus dan menghempap kedua-dua mangsa yang mati serta-merta di tempat kejadian. “Polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa kira-kira setengah jam mengutip cebisan mayat mangsa sebelum dihantar ke hospital berdekatan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.
Badan berkecai dihempap tong satu tan

Oleh Iskandar Shah Mohamed 09.03.2009 / METRO

KUALA LUMPUR: Mengerikan apabila badan dua pekerja binaan warga Bangladesh hampir berkecai sepenuhnya selepas dihempap tong pengangkut bahan binaan di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bangsar Utama di sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, kabel pada tong berkenaan terputus daripada sebuah kren di tingkat 22 sebuah bangunan dalam pembinaan sebelum terjatuh dan menghempap mereka.Sumber berkata, kedua-dua mangsa berusia 30 dan 40-an melakukan kerja bersama beberapa pekerja di tempat kejadian.“Ketika kren itu di tingkat 22, kabel tidak dapat menampung berat bahan binaan yang diangkat menyebabkannya terputus.
“Tong yang dianggarkan lebih satu tan itu jatuh menghempap dua buruh binaan terbabit,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, kepala seorang daripada mereka pecah manakala badan rakannya hampir hancur sepenuhnya dan bertaburan hingga beberapa meter di sekitar lokasi kejadian. “Sepasukan anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengambil masa hampir setengah jam untuk mengumpul cebisan mayat mangsa. “Polis bagaimanapun gagal mengesan beberapa pekerja, termasuk operator kren untuk membantu siasatan berikutan mereka dipercayai menghilangkan diri sejurus kejadian,” katanya.Difahamkan sebuah bangunan pejabat 38 tingkat sedang dibina di tempat kejadian.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abd Khalid, ketika dihubungi, berkata kejadian terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.“Kami tidak mengesyaki sebarang kes jenayah,” katanya.


p/s: mesti tak buat crane rope inspection 6 bulan sekali nih