Khamis, 5 Jun 2008

Takaful

Konsep Takaful
Kemalangan, kerosakan harta benda dan kerugian dalam perniagaan adalah
sebahagian daripada risiko kehidupan manusia. Sebagai agama yang sempurna,
ajaran Islam sentiasa memelihara perkara asas iaitu kesejahteraan,
kebajikan ekonomi dan pembangunan sosial orang Islam pada peringkat
individu, keluarga, negara dan ummah. Takaful diperkenalkan sebagai
alternatif kepada insurans konvensional yang hukumnya haram kerana adanya
unsur riba, gharar dan maysir. Sistem takaful bukan sahaja sebagai kaedah
pengurusan risiko tetapi juga sebagai instrumen kewangan, simpanan,
perlindungan, pelaburan dan pembangunan sosioekonomi.
PENGERTIAN TAKAFUL
Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala
(jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'
Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling
jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para
peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah
CIRI - CIRI TAKAFUL
Sistem Islam
Sumbangan At-Tabarru'at
Pelaburan halal
Majlis Pengawasan Syariah
Tiada unsur riba
Tiada unsur maisir (Judi)
Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
Al-mudharabah (Perkonsian untung)
Sistem Islam
Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan
yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam
Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong
menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong
menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa
sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji)
Sumbangan At-Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas
Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan
perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika
menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain
jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat,
semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka
ketika ditimpa kemalangan
Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah
Al-tabarru'at yang bersyarat.
Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful
mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa
menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang
disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada
semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar
maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan
risiko tersebut
Pelaburan Halal
Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan
yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah
Bentuk pelaburan;
„X Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
„X Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
„X Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
„X Harta bangunan.
„X Pembiayaan perumahan.
„X Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).
Ada Majlis Pengawasan Syariah
Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(:-
"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang
berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk
menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan
yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"
Tiada Unsur Riba
Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang
akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini
kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen
kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan
syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan
konvensional
Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy
Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam
sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran
faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali
bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.
Tiada Unsur Maisir (Judi)
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat.
Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka
dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu
rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih
besar jumlahnya.
Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the
insured event) tidak berlaku.
Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah
premium yang diterima.
Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)
Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi
muamalah ialah :
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya
boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang
lain".
Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:
Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan
Tidak diketahui kadar bayarannya
Tidak diketahui bila masanya
Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)
Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.
Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan
Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat
Contoh
Nisbah :20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat
KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL
Menegakkan sistem muamalah Islam
Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful.
Mendapat pulangan melalui perkongsian untung
„X Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful ( iaitu dari akaun peserta
(AP))
„X Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas
Peserta (AKP))
„X Nisbah Mudharabah - Bergantung 50:50 ; :20 diantara peserta dan syarikat
HUKUM SYARAK BAGI SKIM TAKAFUL
BERBANDING INSURAN KONVENSIONAL
Pendapat JAKIM
Pendapat Ulamak
KELEBIHAN INSURANS TAKAFUL
Insurans Takaful
Sistem Islam
Prinsip ta'awun iaitu tolong menolong
Prinsip tadhiyar - korban kepentingan diri untuk orang lain
Mengajak / mengatur menyertai
Sumbangan dengan konsep Tabarru'
(Derma bersyarat tolong menolong)
Pahala / Kebajikan
Ada peserta, niat murni, syarat, saksi
Pelaburan - untung dikongsi
Al-Mudharabah % dipersetujui RM tidak tentu dijanjikan
Sumbangan ditabungkan kepunyaan peserta
Syarikat Takaful hanya pengendali tabung / akaun peserta
Untung milik bersama antara syarikat pengendali dan peserta
Pelaburan saham yang HALAL sahaja
Lembaga Pengarah - Majlis Pengawasan Syariah
Prinsip Muamalah Islam
Tiada riba, gharar , maisir dan adil
Jika berhenti selepas 1 tahun, peserta mempunyai nilai serahan
Bonus diberi pada setiap tahun dan boleh dikeluarkan
Boleh mengeluarkan duit tanpa faedah
Zakat perniagaan dibayar
Tabung jariah membantu kita semasa di alam
Untuk mengertai pelan takaful hubungi saya ..

email: hazri@prubsnadvisor.com.my