Isnin, 22 Disember 2008

MKN Arahan 20


PENGURUSAN BENCANA DI TEMPAT KEJADIAN
Agensi dan badan sukrela yang terlibat dalam pengurusan dan bantuan bencana boleh dibahagikan kepada tiga (3) kategori:

1 Agensi Penyelamat Utama ialah SMART, PDRM, JBPM, Jabatan Perubatan Kecemasan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan khas ditubuhkan mana-mana agensi yang mempunyai kepakaran khas utuk menjalankan tugas bersama penyelamat utama.

2 Agensi Penyelamat Sokongan ialah Jabatan Pertahanan Awam dan pasukan khas yang ditubuhkan untuk membantu pasukan penyelamat utama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat.

3 Agensi Bantuan dan Pemulihan ialah Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya (JKR), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), St. John Ambulans, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan mana-mana agensi atau badan sukarela yang lain.

Bagi pengurusan dan pengendalian bencana di tempat kejadian yerbahagi kepada tiga (3) iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau.

Zon Merah meliputi suatu kawasan megelilingi tempat bencana. Zon ini adalah kawasan operasi khas untuk pasukan penyelamat utama yang mempuyai kepakaran tertentu seperti SMART, JBPM, PDRM, ATM, Jabatan Perubatan Kecemasan dan pasukan khas yang ditubuhkan agensi. Agensi-agensi yang mempunyai kepakaran khas akan menjalankan tugas bersama dan membantu pasukan penyelamat utama.

Zon Kuning meliputi suatu kawsan yang mengelilingi Zon Merah. Zon ini dikhaskan untuk menempatkan Pos Kawalan di Tempat Kejadian dan pos-pos Agensi Penyelamat Utama seperti SMART, PDRM, JBPM, ATM, Jabatan Perubatan Kecemasan dan pasukan khas yang ditubuhkan agensi yang mempunyai kepakaran khas akan menjalankan tugas bersama dan membantu pasukan penyelamat utama serta agensi-agensi sokongan seperti Jabatan Pertahanan Awam

Zon Hijau meliputi suatu kawsan yang mengelilingi Zon Kuning. Zon ini dikhaskan untuk penempatan dan penugasan agensi-agensi Bantuan dan Pemulihan dan badan-badan sukarela. Agensi-agensi tersebut ialah JKR, Jabatan Kebajikan Masyarakat, TNB, STMB, RELA, PBSM, St. John Ambulans , mana-mana agensi dan badan sukarela yang lain. Zon Hijau ini juga ditempatkan Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga Mangsa, Pusat Kaunseling, Tempat Bekalan Makanan, Tempat Rehat dan Tempat Mayat.

Jarak antara zon adaalah bergantung kepada jenis bencana yang berlaku dan ditentukan oleh Komander Operasi Bencana. Komander Operasi Bencana adalah bertanggungjawab menentukan unit-unit atau agensi-agensi penyelamat yang diperlukan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di zon-zon berkenaan.

Setiap agensi yang terlibat dengan pengendalian bencana hendaklah berada di dalam Zon-zon yang ditentukan. Zon-zon ini juga perlu dikawal dari segi keselamatan dan lalulintas oleh PDRM/RELA di mana keluar masuk hanya dihadkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.

Mengingati Letupan Kilang Bright Sparklers

Tragedi berdarah yang pernah menggegarkan negara kita sekitar Mei 1991






















FAKTA KEJADIAN:Tragedi letupan kilang mercun

Tarikh Kejadian: 07.05.1991

Anggaran Masa Letupan: 3.45 petang

Maut: 26 orang

Cedera: 83 orang

Jumlah Kutipan Derma Tabung Bencana: RM935,688.18


Oleh Nasron Sira Rahim

LETUPAN paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor.Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia kedua.

Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi.Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan gegarannya memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari kilang itu.Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkan anda bayangkan keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu ketika ia meletup?Tragedi kilang mercun itu memberi sejarah besar kepada negara.

Ia sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini ia dibenarkan malah dihasilkan kilang di negara ini.Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer.

Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah.Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.

Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu selain bahang api. Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri akhirnya cedera terkena serpihan dan api itu.Kemalangan jalan raya turut berlaku sewaktu pemandu bergegas menyelamatkan diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita cedera di kepala apabila terlanggar sebuah kereta di jalan raya dalam cubaan menyelamatkan diri itu.

Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran raungan kesakitan di mana-mana. Berpuluh mangsa berlumuran darah merah manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi.Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk mengetahui nasib sanak-saudara masing-masing yang bekerja di kilang berkenaan. Bimbang mereka jika insan disayangi menjadi korban tragedi itu.

Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat keadaan ngeri mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan dibawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar.Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah Persekutuan(2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari Damansara Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat mangsa.Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul.

Tekanan air terlalu rendah, pili jauh, api merebak terlalu cepat, angin kencang serta beberapa letupan menghalang tugas memadam dengan lebih mudah. Apabila pasukan bomba tiba, api sudah merebak ke tiga rumah berhampiran kilang.Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri dan selepas bertungkus lumus selama dua jam, mereka akhirnya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain di sekitar kawasan berhampiran.Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima dari Hospital Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada mangsa dibawa ke hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan berlumuran darah.

Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang itu.Dua daripada stor simpanan itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter.

Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya.Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku.

SEHARI selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung.

Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai kehilangan enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta tujuh motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu

Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja yang hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar kehadiran tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera atau belum melaporkan diri.Kemudian satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu mula terbongkar. Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah umur!Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan.Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak.Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan secukupnya di kilang itu.

Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun.Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu.Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.

Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan.Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam mengerikan iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang malah semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu.Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal pihak berkuasa yang segera memadamkannya.

Sumber: Berita MingguFoto: Laman Tragedi Berdarah

Selasa, 16 Disember 2008

Types of hazard



1.Physical hazard – noise, vibration, radiation , electricity ,
cut , fall and etc


2. Chemical hazard – solid , liquid, gas dust and fumes


3. Biological Hazard – virus, fungal , parasites and etc


4. Ergonomic hazard – repetitive and forceful vibration, height,
awkward postures, in-proper design of machine and etc.


5.Physiological Hazard – stress, culture, mood, anger,
attitude and etc

Selasa, 2 Disember 2008

HIRARC



sedikit info dari HIRARC


"Hazard": is the potential to cause harm to a person or to the natural environment.


"Risk": means a combination of the severity and likelihood of harm arising from a hazard.


"Risk assessment": is the process of evaluating the severity and likelihood of harm arising from a hazard.


"Risk control": is the process of implementing measures to reduce the risk associated with a hazard. The control process must follow the control hierarchy, in order, as prescribed in some health and safety legislation. It is important that control measures do not introduce new hazards, and that the ongoing effectiveness of the controls is monitored.


"Risk control hierarchy": ranks risk control measures in decreasing order of effectiveness:


* elimination of hazard;

* substitution of hazardous processes or materials with safer ones;

* engineering controls;

* administrative controls; and *

personal protective equipment.

Takaful vs Insuran









Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?.
Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
a) Tabarru' dan Mudarabah
b) Wakalah dan Tabarru
Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).

Medikal Kad






Perlindungan kesihatan adalah satu komponen utama sebuah pelan kewangan yang menyeluruh. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang.Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka.




Namun, mereka tidak menyedari kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan, sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital.Adakah anda tahu bahawa kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital?




Seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjut, dialisis buah pinggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan oleh jururawat di rumah.Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), kami memahami keperluan pelanggan-pelanggan kami.




Oleh itu kami menawarkan pelan Major Medical Cover (MMC) sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi anda sehingga umur 70 tahun dari kos-kos penghospitalan utama.Bayangkan anda mempunyai sebuah pelan perubatan yang memudahkan anda untuk dimasukkan ke mana-mana hospital panel PruBSN dan menjaga kos-kos perubatan setelah keluar dari hospital.




Apakah MMC?




MMC adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang boleh disertakan bersama pelan takaful anda:


1. Had Tahunan Yang Tinggi


2. Kebebasan Memilih Hospital-Hospital dan Doktor-Doktor


3. Perlindungan 24 Jam Di Seluruh Dunia


4. Perkhidmatan Hospital Rangkaian Di Hospital Tertentu


5. Jadual Pembedahan Tanpa Sekatan


6. Manfaat Yang Termasuk Cukai Perkhidmatan


7. Rawatan Sebelum Masuk Dan Selepas Keluar Hospital


8. Penjagaan Jururawat Di Rumah


9. Pembedahan Balik Hari


10. Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Untuk Kecederaan Akibat Kemalangan


11. Rawatan Pesakit Luar Bagi Penyakit Barah Dan Dialisis Buah Pinggang


12. Bantuan Perubatan Kecemasan Antarabangsa Dan Tempatan




Sebagai tambahan, anda akan diberi kad Takaful MediAssist, yang memberi perkhidmatan 24 Jam, di seluruh dunia dan Bantuan Perubatan Kecemasan. Kami juga mempunyai lebih kurang 60 hospital swasta ekslusif di seluruh Malaysia.Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukan hospital akibat kemalangan dan 30 hari selepas penerimaan bagi akibat-akibat lain.


Apa itu 36 jenis penyakit kritikal?












Di bawah sini saya senaraikan antara 36 penyakit-penyakit yang dianggap kritikal oleh Prudential yang membolehkan pemegang polisi mendapat manfaat ‘Auto Saving’ bagi pihak diri dan keluarga. Penerangan yang sedikit teliti ini memerlukan pendapat pakar perubatan untuk sesetengah istilah-istilah perubatan.

1. Serangan Penyakit Jantung.
Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-
i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.

Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung. Angina juga dikecualikan secara khusus.

2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.

3. Strok.
Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.

Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.

4. Kanser.
Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan
serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau
pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti
disahkan melalui pembuktian histology malignan.

Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-
i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).

5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )
Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.

6. Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia
Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara
menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat
penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan
dari tarikh trauma atau penyakit itu.

7. Pemindahan Organ Utama.
Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-
i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang

8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.
Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan
gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-
i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.

9. Hepatitis Virus Fulminan.
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat
serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.

Kriteria diagnostic yang perlu ada ialah :-
a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk.

Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostic.

10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.

Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.

11. Koma.

Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.
Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.

12. Buta.

Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.

13. Penggantian Injap Jantung.

Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.

Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.

14. Pembedahan Aorta.

Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.

15. Penyakit Alzheimer.

Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.

Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.

16. Hilang Pendengaran / Pekak.

Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.

17. Hilang Percakapan.

Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak)

Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.

18. Kebakaran Parah.

Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.
19. Penyakit Membawa Maut.

Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.

20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.

Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-

i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.

Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.

21. Penyakit Motor Neuron.

Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.

Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.

22. Penyakit Parkinson.

Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-
i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.

Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.

23. Penyakit Hati Kronik.

Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-
- Penyakit kuning kekal;
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.

Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.

24. Penyakit Paru-paru Kronik.

Kegagalan system pernafasn di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.

Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.

25. Anaemia Aplastik.

Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-
i. Transfusi produk darah secara berkala.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.

26. Distrofi Otot.

Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii. Elektromiogram sifatan
iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.

27. Poliomielitis.

Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.

28. Meningitis Bekteria.

Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

29. Tumor Otak Benigna.

Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.

Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-

i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.

30. Eusefalitis.

Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya. ( Full Blown AIDS )

Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-
i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
ii. Kaposi Sarcoma;
iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v. Tuberculosis Aktif;
vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii. Malignant Lymphoma.

Dalam kes tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic, PRUspouse payor basic, PRUparent payor basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver, PRUspouse waiver, PRUparent waiver, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.

32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.

Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.

33. Pembedahan Otak.

Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.

34. Sindrom ‘APPALIC’.

Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.

35. Kecederaan Kepala Utama.

Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

36. Kehilangan Anggota Badan.

Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.



Protection with Takaful, Investment in Unit Trust and Safety and Health for working place.