Isnin, 22 Disember 2008

MKN Arahan 20


PENGURUSAN BENCANA DI TEMPAT KEJADIAN
Agensi dan badan sukrela yang terlibat dalam pengurusan dan bantuan bencana boleh dibahagikan kepada tiga (3) kategori:

1 Agensi Penyelamat Utama ialah SMART, PDRM, JBPM, Jabatan Perubatan Kecemasan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan khas ditubuhkan mana-mana agensi yang mempunyai kepakaran khas utuk menjalankan tugas bersama penyelamat utama.

2 Agensi Penyelamat Sokongan ialah Jabatan Pertahanan Awam dan pasukan khas yang ditubuhkan untuk membantu pasukan penyelamat utama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat.

3 Agensi Bantuan dan Pemulihan ialah Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kerja Raya (JKR), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), St. John Ambulans, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan mana-mana agensi atau badan sukarela yang lain.

Bagi pengurusan dan pengendalian bencana di tempat kejadian yerbahagi kepada tiga (3) iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau.

Zon Merah meliputi suatu kawasan megelilingi tempat bencana. Zon ini adalah kawasan operasi khas untuk pasukan penyelamat utama yang mempuyai kepakaran tertentu seperti SMART, JBPM, PDRM, ATM, Jabatan Perubatan Kecemasan dan pasukan khas yang ditubuhkan agensi. Agensi-agensi yang mempunyai kepakaran khas akan menjalankan tugas bersama dan membantu pasukan penyelamat utama.

Zon Kuning meliputi suatu kawsan yang mengelilingi Zon Merah. Zon ini dikhaskan untuk menempatkan Pos Kawalan di Tempat Kejadian dan pos-pos Agensi Penyelamat Utama seperti SMART, PDRM, JBPM, ATM, Jabatan Perubatan Kecemasan dan pasukan khas yang ditubuhkan agensi yang mempunyai kepakaran khas akan menjalankan tugas bersama dan membantu pasukan penyelamat utama serta agensi-agensi sokongan seperti Jabatan Pertahanan Awam

Zon Hijau meliputi suatu kawsan yang mengelilingi Zon Kuning. Zon ini dikhaskan untuk penempatan dan penugasan agensi-agensi Bantuan dan Pemulihan dan badan-badan sukarela. Agensi-agensi tersebut ialah JKR, Jabatan Kebajikan Masyarakat, TNB, STMB, RELA, PBSM, St. John Ambulans , mana-mana agensi dan badan sukarela yang lain. Zon Hijau ini juga ditempatkan Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga Mangsa, Pusat Kaunseling, Tempat Bekalan Makanan, Tempat Rehat dan Tempat Mayat.

Jarak antara zon adaalah bergantung kepada jenis bencana yang berlaku dan ditentukan oleh Komander Operasi Bencana. Komander Operasi Bencana adalah bertanggungjawab menentukan unit-unit atau agensi-agensi penyelamat yang diperlukan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di zon-zon berkenaan.

Setiap agensi yang terlibat dengan pengendalian bencana hendaklah berada di dalam Zon-zon yang ditentukan. Zon-zon ini juga perlu dikawal dari segi keselamatan dan lalulintas oleh PDRM/RELA di mana keluar masuk hanya dihadkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.

Tiada ulasan: