Ahad, 11 Januari 2009

Kebakaran Kelab Malam Thailand






BANGKOK 1 Jan. — Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam tragedi kebakaran yang mengorbankan kira-kira 58 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain di sebuah kelab malam terkemuka di Bangkok ketika sedang meraikan sambutan Tahun Baru 2009 pada Khamis.
Pegawai Malaysia dan Thai mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden itu menjelang ketibaan Tahun Baru.
Kebakaran itu dikatakan berpunca daripada bunga api, tetapi menurut beberapa saksi insiden itu akibat kerosakan elektrik di kelab Santika.
Sungguhpun butiran kejadian masih tidak lengkap, difahamkan pengunjung kelab malam diberikan bunga api sejurus sebelum tengah malam dan sebaik sahaja dentingan jam menunjukkan bermulanya 2009, bunga api mula dinyalakan di kawasan menari, sekali gus mengakibatkan kebakaran besar.
Kelab itu terletak di Ekkamai, iaitu jalan yang popular dengan pengunjung dari luar negara dan masyarakat kelas atasan Thai. Banyak mayat yang rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti dan kebakaran memusnahkan sepenuhnya bangunan terbabit. - Bernama

Tiada ulasan: