Khamis, 6 November 2008

PENGURUSAN INSURANS DALAM SEKTOR PEMBINAAN



Penyelidikan ini bermatlamat untuk mendapatkan kefahaman tentang
penggunaan insurans dalam industri pembinan di Malaysia. Liputan insurans yang
mencukupi adalah penting untuk melindungi kewangan dan sumber bagi sesebuah
organisasi. Syarikat-syarikat insurans membangunkan sumbernya melalui premium
insurans. Kepentingan pengurusan insurans dalam industri pembinaan adalah sebagai
langkah keselamatan dan supaya dapat meningkatkan kemungkinan bagi menebus
kerugian yang dialami melalui insiden yang dipersetujui di dalam polisi insurans.
Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi harga premium, mengkaji jenis-jenis tuntutan yang timbul daripada
aktiviti pembinaan dan menyelidik prosedur membuat tuntutan insurans. Bagi
menjawab objektif-objektif tersebut, borang soal selidik telah diedarkan kepada pihak
kontraktor dan syarikat insurans, dan temu ramah semi berstruktur telag diadakan
dengan pakar dan wakil daripada syarikat insurans. Kemuncaknya, penyelidikan ini
mencadangkan beberapa tindakan yang boleh diaplikasikan oleh pihak kontraktor
untuk mengurangkan insiden di tapak bina.



Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa dalam praktis pembinaan
masa kini, pihak-pihak yang mengambil insurans mempunyai kesedaran dan rasa
tanggungjawab untuk mengetahui aliran kewangan mereka. Oleh itu, di dalam bab
ini, faktor-faktor yang menentukan harga premium dapat memberikan gambaran
kepada penetapan harga sesebuah premium.
Jenis-jenis tuntutan yang dikendalikan oleh syarikat insurans perlu diberi
perhatian, iaitu bagi kes-kes yang kerap berlaku seperti kecurian, kebakaran dan
kemalangan. Ini akan memudahkan pihak yang mengurus tapak bina untuk mengelakkan dan berhati-hati terhadap kemungkinan-kemungkinan tersebut.

Tiada ulasan: