Khamis, 6 November 2008

Pelaburan dalam Unit Amanah

Mengenai pelaburan di dalam unit amanah, sememangnya dapat menjana pendapatan pasif yang lumayan. Ini bergantung kepada cara anda melabur dan tujuan pelaburan anda. Sebagai permulaan,anda hendaklah mengetahui profil pelaburan anda. Adakah anda aggresif, sederhana atau rendah apabila berhadapan dengan risiko kewangan?Selain itu, anda hendaklah menetapkan tujuan pelaburan anda. Antara contoh objektif pelaburan ialah pencen, pelajaran anak-anak, memiliki rumah dan lain-lain.Setelah menetapkan kesemua tersebut untuk diri anda. Tiba masa untuk anda memilih syarikat yang menguruskan unit amanah. Sama ada kerajaan mahupun swasta. INGAT! profil dan objektif pelaburan juga mempengaruhi pemilihan syarikat dan juga dana-dana amanah.Memilih Dana Unit Amanah :a. Pilih dana yang sesuai dengan kehendak simpanan anda.b. Membuat penilaian ke atas harga dana semua syarikat unit amanahc. Memeriksa sama ada had-had pelaburan, kekerapan bayaran-bayaran pendapatan, dan sebagainya, adalah sesuaid. Menyemak prestasi dana yang lalu Kebaikan Pelaburan Dana Unit Amanah ialah :a. Pengurusan yang profesional dengan kos yang murahb. Selamat melalui imbangan risiko (kepelbagaian)c. Kecairan - mudah untuk tunaikan pelaburand. Urus niaga yang mudahe. Kenaikan nilai modal / aliran pendapatan Bagaimana untuk melabur :a. Sekali gusb. Simpanan tetapc. Skim Pelaburan KWSPSyarat untuk melabur :a. Jangan melaburkan kesemua wang andab. Jangan laburkan duit yang anda perlukan di kemudian haric. Jangan meminjam untuk melaburd. Jangan terlalu beremosie. Pelbagaikan pelaburan andaf. Terus melaburg. Ambil nasihat professional - Unit Trust Consultant yang berdaftar dengan FMUTM.

sesapo nak invest kuar duit EPF atau Cash boleh telefon saya..
HAZRI ISHAK
Nick : hazri99
contact no: 013-3055516
eMail: hazri99@yahoo.com.sg
YM id: hazri03
Skype: hazri03Unit Trust
Company: Public Mutual
Coverage area: N.Sembilan- Seremban, Senawang, Rembau , Nilai dll
http://i141.photobucket.com/albums/r76/hazri03/klmutual_lg_bg.gif

Tiada ulasan: