Khamis, 6 November 2008

Pengiraan Deposit Pelaburan

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang baru saya pelajari. Ramai di antara pelabur (termasuk saya) mempunyai tanggapan yang salah terhadap nilai cas perkhidmatan yang dikenakan bagi setiap pelaburan yang dibuat.

Sebagai contoh, bagi dana X yang mengenakan cas perkhidmatan sebanyak 5.5%, para pelabur biasanya akan diberitahu sebanyak 5.5% daripada deposit mereka akan ditolak. Jika anda membuat pelaburan sebanyak RM1,000, berapakah nilai 5.5% tersebut?

Cas perkhidmatan = RM1,000 x 5.5% = RM55Baiklah, selepas seminggu, konsultan anda menghantar penyata pelaburan melalui email dan ini yang anda dapat.

Bagi segelintir pelabur, mereka akan berasa gembira kerana cas perkhidmatan yang ditolak adalah kurang berbanding dengan jumlah yang sepatutnya. Namun bagi pelabur yang particular (seperti saya), perasaan ingin tahu mengatasi perasaan gembira. Jadi di sini saya ingin berkongsi cara pengiraan cas perkhidmatan kepada para pelabur yang particular :)

Deposit = RM1,000Cas perkhidmatan = 5.5% = 0.055


Deposit bersih =
RM1,000/ 1 + 0.055
= RM947.86
Cas perkhidmatan = RM1,000 - RM938.97 = RM52.13

Selamat Melabur

Tiada ulasan: