Isnin, 10 November 2008

Socso covers

1. SKIM INSURANS BENCANA PEKERJAAN (SIBP)

PERLINDUNGAN BENCANA KERJA:
a Perjalanan;
- perjalanan berkaitan pekerjaan
b Berpunca dan terbit dari pekerjaan yang dilakukan;
- con: kemalangan mengendalikan mesin di tempat kerja
c Penyakit Khidmat
- akibat pekerjaan yang dilakukan
- con: hilang pendengaran kerana pendedahan bunyi
bising berpanjangan di tempat kerja
- con: penyakit asma kerana terdedah kepada serbuk halus
di kilang papan



FAEDAH SIBP:
- Faedah Perubatan;
- Faedah Hilangupaya Sementara;
- Faedah Hilangupaya kekal;
- Faedah Orang Tanggungan;
- Faedah Pengurusan Mayat;
- Faedah Pemulihan;
- Faedah Pinjaman Pendidikan;
- Elaun Layanan Sentiasa.


2. PERLINDUNGAN PENCEN ILAT:


-Perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.


-Keilatan: suatu keuzuran yang serius, kekal dan tidak boleh atau tidak mungkin sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.


-Di antara penyakit-penyakit kronik penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan ialah seperti sakit jantung, masalah buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma yang teruk dan sebagainya.


FAEDAH SPI:
- Pencen Ilat;
- Bantuan Ilat;
- Elaun Layanan Sentiasa;
- Pencen Penakat;
- Faedah Pengurusan Mayat;
- Faedah Pemulihan;
- Faedah Pinjaman Pendidikan.


PENILAIAN KECACATAN


HILANGUPAYA SEPARA YANG KEKAL:


-Hilangupaya yang berkekalan hingga mengurangkan upaya mencari nafkah seseorang pekerja dalam segala pekerjaan yang ia sanggup menjalankan pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilangupaya itu.
-Dengan syarat bahawa tiap-tiap bencana yang dinyatakan dalam Bahagian 2 dalam Jadual Kedua AKTA KSP hendaklah disifatkan sebagai mengakibatkan hilangupaya separa yang kekal.



HILANGUPAYA LANGSUNG YANG KEKAL:


-Apa-apa hilangupaya yang berkekalan hingga menghilangkan upaya seseorang pekerja menjalankan segala kerja yang ia boleh jalankan pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilangupaya itu.
-Dengan syarat bahawa hilangupaya langsung yang kekal hendaklah disifatkan sebagai diakibatkan oleh tiap-tiap bencana yang dinyatakan dalam Bahagian 1 dalam Jadual Kedua AKTA KSP atau campuran bencana-bencana yang dinyatakan dalam Bahagian 2.







Tiada ulasan: