anda keliru..
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATANPEKERJAAN 1994
PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN (PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN) 1997
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 29 dan 66 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
1.0 Peraturan-peraturan ini bolehlah dinama Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 22 Ogos 1997.
2.0 Dalam peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –
“kecederaan masa hilang” ertinya sesuatu kecederaan yang menghalang mana-mana pekerja daripada melaksanakan kerja biasa dan yang menyebabkan ketakupayaan bekerja secara kekal atau sementara.
“tiada kecederaan masa hilang” ertinya sesuatu kecederaan yang tiada kerja yang hilang selain daripada yang dikehendaki bagi rawatan perubatan;
“kemalangan nyaris” ertinya apa-apa kemalangan di tempat kerja yang berpotensi untuk menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dilantik di bawah subseksyen 5(1) Akta;
“program pendidikan berterusan’ ertinya kursus, seminar, persidangan atau program pendidikan lain dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau yang setaraf dengannya, yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
3. Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi -
(a) seseorang yang bertindak sebagai pegawai keselamatn dan kesihatan yang dikehendaki di bawah Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta,; dan
(b) seseorang majikan bagi kelas atau jenis industri yang diekehendaki mengambil kerja pegawai keselamatan dan kesihatan di bawah Akta.
BAHAGIAN II
PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN
4. Tiada seorang pun boleh bertindak sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan melainkan jika dia telah berdaftar dengan Ketau Pengarah.
5. (1) Setiap permohonan pendaftaran seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah dibuat dalam Borang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual I
(2) Permohonan pendaftaran itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah berserta dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang itu disertai dengan fee pemerosesan sebanyak satu ratus ringgit.
6. (1) Seseorang yang –
(a) mempunyai diploma keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau yang setaraf dengannya dari mana-mana badan profesional atau institusi, yang diluluskan oleh Menteri, atas syor Ketua Pengarah;
(b) telah berjaya menamatkan kursus latihan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan lulus mana-mana peperiksaan bagi kursus itu atau yang setaraf dengannya, yang diluluskan oleh Menteri, atas syor Ketua Pengarah, dan mempunyai tiga tahun pengalaman minimum dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
(c) pernah bekerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan sekurang-kurangnya bagi tempoh selama sepuluh tahun; atau
(d) mempunyai kelayakan lain atau telah menerima latihan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Menteri menurut subseksyen 29(4) Akta,
berhak, apabila permohonan dibuat olehnya, untuk didaftarkan sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang tidak berhak didaftarkan sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan jika pada masa permohonan pendaftaran dia telah-
(a) disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta; atau
(b) disabitkan dengan mana-mana kesalahan dan dihukum lebih daripada satu tahun penjara atau didenda lebih daripada dua ribu ringgit; dan
(c) diisytiharkan bankrap.
(2) Bagi maksud subperenggan (1)(b), kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang dijalankan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia adalah antara kursus yang diluluskan.
7. Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan kepada seseorang pemohon yang pendaftarannya sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan telah diluluskan, suatu perakuan pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan.
8. Seseorang yang telah berdaftar sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah menghadiri apa-apa program pendidikan berterusan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bagi maksud pembaharuan pendaftaran.
9. Ketua Pengarah boleh enggan mendaftarkan mana-mana permohonan pendaftaran yang dibuat di bawah peraturan 5 jika dia berpuas hati bahawa pemohon tidak memenuhi kehendak-kehendak yang dinyatakan di bawah Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana perintah yang dibuat oleh Menteri.
10. Pendaftaran sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan adalah sah bagi tempoh selama tiga tahun dari tarikh pendaftaran, melainkan jika ia dibatalkan terlebih dahulu di bawah Peraturan-peraturan ini.
11. Suatu permohonan pembaharuan pendaftaran sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah dibuat dalam Borang yang dinyatkan dalam Jadual II disertai dengan fee pemerosesan sebanyak lima puluh ringgit.
12. Ketua Pengarah boleh enggan membaharui pendaftaran yang dibuat di bawah peraturan 11 jika pemohon –
(a) telah terhenti menjadi pegawai keselamatan dan kesihata;
(b) adalah pegawai keselamatan dan kesihatan berdaftar yang tidak pernah dilantik sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di bawah Akta sejak pendaftaran atau pembaharuannya;
(c) tidak memenuhi apa-apa kehendak yang dinyatakan di bawah Peraturan-peraturan ini;
(d) telah gagal menjalankan kewajipannya sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta; atau
(e) tidak menunjukkan apa-apa bukti bahawa dia telah menghadiri mana-mana program pendidikan berterusan atau yang setaraf dengannya dalam tempoh tiga tahun yang terakhir sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 8.
7. Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan pada bila-bila masa, jika dia mendapati bahawa pegawai keselamatan dan kesihatan itu –
(a) telah terhenti menjadi pegawai keselamatan dan kesihatan;
(b) telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;
(c) tidak memenuhi apa-apa kehendak yang dinyatakan di bawah Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen 29(4) Akta; atau
(d) telah memperolehi pendaftaran melalui salah nyataan atau fraud.
BAHAGIAN III
PEMBERITAHUAN MENGENAI PEGAWAI KESELAMATAN
DAN KESIHATAN
14. Seseorang majikan hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam tempoh satu bulan mengenai apa-apa –
(a) pelantikan seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan; atau
(b) penamatan atau peletakan jawatan seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan.
BAHAGIAN IV
KEWAJIPAN MAJIKAN
14. Seseorang majikan sesuatu tempat kerja hendaklah menyediakan kepada pegawai keselamatan dan kesihatan yang diambil kerja olehnya, kemudahan-kemudahan yang sesuai termasuk peralatan latiha, dan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan pegawai keselamatan dan kesihatan itu menjalankan kewajipannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta.
15. Seseorang majikan hendaklah membenarkan pegawai keselamatan dan kesihatan menghadiri apa-apa program pendidikan sekurang-kurang sekali dalam setahun untuk menambah pengetahuannya mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
16. Seseorang majikan hendaklah mengarahkan seorang atau lebih penyelia yang mempunyai kawalan langsung ke atas orang atau aktiviti tempat kerja untuk membantu pegawai keselamatan dan kesihatan dalam mana-mana penyiasatan mengenai kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan.
BAHAGIAN V
KEWAJIPAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN
17. Adalah menjadi kewajipan seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan –
(a) untuk menasihati majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu tempat kerja megnenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat kerja itu;
(b) untuk memeriksa tempat kerja untuk menentukan sama ada apa-apa jentera, loji, peralatan, bahan, perkakas atau proses atau apa-apa jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja, yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang bekerja di tempat kerja;
(c) untuk menyiasat apa-apa kemalangan, kamalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja;
(d) untuk membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, jika ada, menurut peraturan 11 Peraturan-Peraturan Keselamatn dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan an Kesihatan) 1996 dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja;
(e) untuk menjadi setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan 6(2) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, dan melaksanakan semua fungsi setiausaha sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan itu;
(f) untuk membantu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam mana-mana pemeriksaan sesuatu tempat kerja bagi maksud memeriksa keberkesanan apa-apa langkah yang diambil bagi mematuhi Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;
(g) untuk memungut, menganalisis dan menyenggara statistik mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja;
(h) untuk membantu mana-mana pegawai pada menjalankan kewajipannya di bawah Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta; dan
(i) untuk menjalankan apa-apa arahan lain yang dibuat oelh majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi tempat kerja atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja.
19. (1) Seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah, sebelum hari kesepuluh bulan yang berikutnya, mengemukakan suatu laporan berkaitan dengan aktiviti-aktivitinya kepada majikan.
(2) Laporan yang dikemukakan di bawah subperaturan (1) hendaklah mengandungi, dan tidak terhad kepada perkara-perkara yang berikut:
(a) apa-apa tindakan yang perlu diambil oleh majikan untuk mematuhi kehendak Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;
(b) cara untuk mewujudkan dan mengekalkan keadaan bekerja yang selamat dan sihat di tempat kerja;
(c) jumlah dan jenis kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja termasuk jumlah orang yang cedera sama ada melibatkan kecederaan masa hilang atau kecederaan tanpa masa hilang;
(d) apa-apa jentera, loji, peralatan, perkakas, bahan atau proses atau jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja dan yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang bekerja di tempat kerja;
(e) apa-apa jentera, loji, peralatan perkakas, bahan atau apa-apa alat pelindung diri yang dikehendaki bagi maksud mengurangkan apa-apa risiko sedemikian;
(f) mengesyorkan apa-apa pengubahan yang perlu dibuat kepada struktur atau susun atur tempat kerja bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di dalammnya;
(g) apa-apa kerja yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan yang telah dijalankan oleh mana-mana orang, atau kumpulan orang yang diambil kerja oleh majikan untuk menggalakkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;
(h) apa-apa perkara yang belum selesai yang berbangkit daripada laporan yang terdahulu yang dinyatakan di bawah perenggan (a) hingga (g); atau
(i) apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan orang yang bekerja di tempat kerja.
20. (1) Seseorang majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu tempat kerja setelah menerima laporan bawah peraturan 19, hendaklah tidak kurang daripada dua minggu selepas menerimanya, membincangkan laporan itu dengan pegawai keselamatan dan kesihatan.
(2) Seseorang majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu tempat kerja hendaklah menanda tangan balas laporan itu untuk mengesahkan yang dia telah menerimanya.
(3) Laporan itu hendaklah disimpan dalam keadaan yang baik sekurang-kurangnya selama tempoh sepuluh tahun bagi maksud pemeriksaan atau penyiasatan oleh pegawai jika perlu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan