Memandangkan ramai yg masih tidak tahu basic pasal OD-ASB, dibawah ni sy listkan soklan2 lazim dan juga jawapan ringkas. Sebenarnya tools ini lebih baik dari penggunaan kredit kad…disamping kita melabur di ASB…tapi untuk panduan ringkas, terutama kepada newbie dlm OD, boleh rujuk list dibawah.
Q: OD tu ape?
A: Singkatan bagi Overdraft. Facility dimana bank membenarkan pengeluaran wang melebihi had yg dibenarkan, iaitu menjadi negative balance = overdrawn. Interest akan di-caj keatas jumlah overdrawn dan dikira berdasarkan daily rest. Urusan boleh dibuat melalui ATM, buku cek atau online banking…dari segi urusan, takde beza dgn account bank yg biasa.
Q: Bagaimana nak apply OD-ASB?
A: Simpanan dalam ASB/ASW ditukar ke sjil di pejabat PNB. Bawa sijil ke bank panel PNB (RHB/CIMB/Maybank) dan apply Overdraft bersandarkan sijil ASB/ASW.
Q: Selepas tukar duit simpanan ASB/ASW ke sijil, duit simpanan tu dah tak tercatat dlm buku ASB/ASW?
A: Memang tak tercatat dlm buku. Tapi dlm sistem masih ade dan dividen tetap dikira. Sama mcam loan ASB la.
Q: Ape caj-caj(fees) yang terlibat?
A: Caj tukar sijil di PNB adalah RM10/sijil (dulu punye rate…kalau dh berubah, sila bgtau ye)…bile dpt approval dari bank, caj apply OD kat bank plak dari RM150 (bergantung kepada bank)…dan deposit untuk bukak current account Overdraft antara RM50-1,000 (bergantung kepada bank)
Q: Berapa lama proses untuk dapat duit OD?A: Selepas tukar sijil, apply OD di bank. Ambil masa 3 hari – seminggu untuk lulus (bergantung kepada rekod kewangan anda dan efficiency bank). Selepas dpt approval dan buka account OD, ambil masa 2 minggu – sebulan untuk duit masuk (disburse) ke account OD. Bab ni perlukan masa sebab bank perlu berurusan dgn PNB psl kite cagarkan sijil ASB/ASW.
Q: Bagaimana nak kira interest OD?
A: Interest OD adalah daily rest. Cth bank tawarkan interest OD pada BLR-1% p.a./setahun, current BLR = 5.55%. Oleh itu, interest bagi satu hari = 4.55%/365 = 0.0125%. Bermakna, penggunaan sebanyak RM10k bagi sehari akan dikenakan int sebanyak 0.0125% x 10,000 = RM1.25.Kalau tak topup balik RM10k tu dlm masa 30hari, secara ringkas, jumlah int = RM37.5 (tapi sebenarnya, int setiap hari tu akan dibawa ke hari seterusnya dan akan jadi principal pula utk kiraan pada hari tersebut…tapi beza dgn kiraan congak amat kecik..so ignore pun takpe) Untuk lebih detail camne nak kira, rujuk OD calculator dlm BH ni.
Q: Bagaimana nak bayar interest OD?
A: Interest setiap hari akan dicampurkan bagi satu bln, dan bayaran bagi sebulan interest itu akan ditolak dari available balance dlm acc OD. Tarikh deduction biasanya pada akhir bln (bergantung pada bank). Cth, acc OD asal = 15k, guna 10k untuk sebulan, maka outstanding balance=10k, avalaible balance = 5k, jumlah int sebulan = RM37.5….maka, pada bln seterusnya, outstanding balance=10,037.50, available balance = 5k-37.5=RM4,962.5
Q: Boleh ke apply OD guna sijil dari ASB wife?
A: Tidak. Nama pemohon acc OD mestilah sama dgn nama di sijil ASB/ASW
A: Tidak. Nama pemohon acc OD mestilah sama dgn nama di sijil ASB/ASW
Q: Apa dokumen yang perlu untuk apply OD?
A: Copy sijil ASB, copy IC, slip gaji dan lain2 dokumen yg diperlukan bergantung kepada bank (dulu bawak sijil dan IC je dah boleh apply)
Q: Kalau rekod CCRIS tak cantik, atau ade CTOS, boleh ke apply?
A: Proses permohonan sama macam loan2 lain. So most probably akan sangkut.
Q: Ade tak fee bulanan/tahun yg bank kenakan keatas account OD?
A: Cth mcm RHB, tiada fee tahunan. Cuma ade fee bulanan, iaitu interest dari outstanding balance atau RM5, whicever is greater. CIMB pun sama kalau tak silap.
A: Cth mcm RHB, tiada fee tahunan. Cuma ade fee bulanan, iaitu interest dari outstanding balance atau RM5, whicever is greater. CIMB pun sama kalau tak silap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan