Pelaburan di dalam Unit Amanah menawarkan kaedah pelaburan yang lebih cepat dan mudah berbanding pelaburan terus di dalam pasaran saham atau kaedah pelaburan lain yang ada di pasaran. Sebagai pelabur, anda mendapat manfaat dengan kebijaksanaan dan profesionaliti Pengurus-Pengurus Dana tanpa perlu merasa risau untuk memilih saham mana harus dibeli dan bila masa untuk masuk dan keluar dari pasaran saham. Dengan pelaburan Unit Amanah, anda berpeluang untuk mempelbagaikan pelaburan di dalam pelbagai porfolio aset dan ia akan dapat mengurangkan risiko kerugian berbanding kaedah pelaburan lain.
1. Perkhidmatan Pelaburan secara ProfesionalSetiap pelaburan akan diuruskan oleh Pengurus Dana yang profesional dan sepenuh masa. Keputusan pelaburan adalah berdasarkan kajian mendalam, analisa pasaran pengawasan berterusan tentang keadaan ekonomi dan pasaran. Pengurus Dana mempunyai kepakaran khusus, pengalaman dan kelengkapan kualitatif untuk mengurus dan menyelenggara perkhidmatan pengurusan pelaburan berbanding pelaburan individu yang mungkin tidak dapat menikmati manfaat dan mempunyai kepakaran tersebut untuk membuat keputusan pelaburan berdasarkan informasi yang tepat untuk melabur terus di dalam pasaran saham..
2. Kepelbagaian (Diversified) Pelaburan dan Risiko DikurangkanPelaburan di dalam Unit Amanah memberi peluang untuk para pelabur mempelbagaikan pelaburan ke dalam portfolio-portfolio aset yang berlainan dan mungkin tidak dapat dilakukan sekiranya pelabur mempunyai sumber kewangan yang amat terhad. Pelaburan Unit Amanah mempermudahkan proses mempelbagaikan pelaburan kepada pelabur kerana wang yang dimasukkan oleh pelabur akan dilaburkan mengikut pelbagai kategori dan aset-aset terpilih. Para pelabur akan mempunyai peluang mendapat keuntungan tinggi dengan risiko yang dikurangkan berbanding pelaburan secara terus di pasaran saham.
3. MampuBerbanding pelaburan sendiri di pasaran saham, pelaburan Unit Amanah adalah lebih mampu dilakukan oleh setiap individu kerana pelaburan minimum di dalam Unit Amanah secara relatifnya adalah amat rendah berbanding pelaburan di pasaran saham. Pelabur boleh memilih untuk melabur di dalam portfolio yang bersesuaian dengan profil risiko dan tahap pulangan yang ingin dicapai oleh pelabur berkenaan. Pelabur boleh melabur serendah RM500 untuk membuka akaun dan membuat simpanan berkala (Dollar Cost Averaging) setiap bulan serendah RM50 bergantung kepada jenis dana yang di tawarkan.
4. MudahPelaburan di dalam Unit Amanah akan mengurangkan pengurusan portfolio pelaburan individu, kerja-kerja pemfailan, rekod-rekod kontrak belian dan jualan, tawaran bonus, waran dan hak dari syarikat yang dilabur yang agak merumitkan untuk diselenggarakan. Untuk membeli dan menjual Unit Amanah amatlah mudah dan dapat dilakukan melalui mana-mana agen atau di pejabat syarikat. Selain daripada itu, pihak pengurusan syarikat akan menghantar penyata interim dan penyata tahunan untuk memastikan pelabur mendapat informasi yang lengkap berkenaan prestasi Unit Amanah berkenaan.
5. KecairanTidak seperti pelaburan di dalam aset tetap seperti tanah dan hartanah yang secara relatifnya mengambil masa yang lama untuk dijual dan mendapatkan wang dengan kadar yang segera, para pelabur boleh menjual keseluruhan atau sebahagian pegangan Unit Amanahnya kepada syarikat pada bila-bila masa hari bekerja, mengikut ketetapan jangkamasa pembayaran dan pemulangan wang yang ditetapkan oleh syarikat (anggaran masa : 5-8 hari pelabur akan mendapat nilai jualan Unit Amanah). Pelabur boleh mendapat semula wang pelaburan dengan segera kerana tiada tempoh wajib yang ditentukan dalam pelaburan Unit Amanah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan