Rabu, 19 Ogos 2009

H1N1 di Tempat Kerja





PANDUAN PENCEGAHAN INFLUENZA A (H1N1) DI TEMPAT KERJA

Panduan ini dikeluarkan berikutan, keputusan Kerajaan Malaysia yang akan melaksanakan 10 langkah lebih ketat menangani penularan influenza A (H1N1) setelah didapati wabak ini mula dijangkiti oleh rakyat tempatan. Manakala wabak ini diishtiharkan di frasa 6 dan sebagai global pandemic pada 11 Jun 2009 oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).Kerajaan mewajibkan semua pelancong asing dan rakyat Malaysia yang baru balik dari kawasan atau negara yang terdapat kes influenza A (H1N1) mengisi borang pengishtiharan status kesihatan di semua pintu masuk ke Negara ini. Kegagalan mengishtihar status kesihatan boleh dipenjara dua tahun atau denda RM 2,000 atau kedua-duanya mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.Sehubungan itu, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyeru majikan dan pekerja bersama mencegah penularan penyakit ini dengan mengikut garispanduan yang disediakan ini.Majikan dan pekerja dapat membantu mengawal penularan wabak ini di tempat kerja dengan melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing. Tindakan sewajarnya seperti berikut perlu diambil terutama sekali bagi majikan yang membawa masuk pekerja atau mempunyai pekerja yang akan/baru pulang dari Negara-negara yang telah dilanda wabak H1N1:


1. Pihak majikan dinasihatkan agar menjalankan penyaringan kesihatan yang rapi ke atas pekerja / vendor / pelanggan yang baru tiba/pulang dari luar Negara sebelum memasuki premis tempat kerja. Untuk tujuan ini majikan digalakkan menyaring pekerja/vendor/pelanggan tersebut dengan menggunakan borang Deklarasi Kesihatan (disertakan dalam lampiran) seperti yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan;

2. Menasihati pekerja terlibat agar mengurangkan perhubungan social di antara ahli keluarga mahu pun masyarakat setempat dalam jangka masa 7 hari ketibaan mereka dari luar Negara;


3. Memantau para pekerja (dalam masa 7 hari ketibaan) sama ada mengalami simptom berikut :

a. Demam panas (lebih daripada 38o C)


b. Sakit tekak


c. Batuk


d. Sakit anggota badan


e. Selesema


f. Sakit kepala


g. Mudah merasa penat/letih.


4. Para pekerja yang didapati mengalami simptom di atas dikehendaki memakai topeng muka (surgical mask) dan berhubung dengan hospital seperti yang tersenarai dalam lampiran, agar pihak hospital dapat mengatur pemindahan kes ke hospital dengan SEGERA.


5. Sekiranya bersesuaian, pekerja yang baru tiba dari luar Negara diasingkan penempatannya dalam masa 7 hari ketibaan mereka;


6. Memastikan persekitaran kerja yang bersih bagi meminimumkan penularan wabak H1N1 termasuklah melakukan disinfeksi di tempat-tempat umum;


7. Memastikan pekerja diberi penerangan agar memelihara kebersihan diri yang tinggi seperti basuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas bersin dan batuk ;

Majikan dan juga pekerja adalah juga diingatkan bahawa mereka WAJIB menghubungi hospital seperti tersenarai dengan kadar segera (dalam tempoh 24 jam) jika mengetahui atau terdapat pekerja mereka telah berhubung/kontak dengan pesakit influenza A (H1N1).Maklumat dan status penularan Influenza A (H1N1) boleh didapati di Portal Kementerian Kesihatan Malaysia, http://www.moh.gov.my/.

Rabu, 5 Ogos 2009

25% in 4 months


In previous post, i already calculate the dividen/distribution of my Unit Trust Investment using EPF account 1.
Until today 5 August 2009, unit price 0.2957 (refer to http://www.publicmutual.com.my/application/fund/detail.aspx )
Invest in end of March RM1456.31 (minus service charge)
Now early in August already become RM1821.19
about 25% just for 4 month
it great is it!!!

Ahad, 2 Ogos 2009

Workshop with Nazril Idrus





Last Friday, Seremban Branch make a workshop training on topic "strategies to keep your clients for life" by our MFGAM mr Nazril Idrus.

Nazril Idrus is joined Public Mutual since 2005 be a Million Ringgit Producer since 2005 and Promoted to MFGAM in 2008


In this training we are learned about use a technic of Matching and Mirroring. It will in

1.Posture

2.Movement
3.Breathing

4.Speech (voice)

This technic wil make the client will confortable with us and be natural with be a good listener which can fell the client felt.

So, we will practising and do implement when do the presentation to client.

Have Fun and Happy Selling.